Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh
keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa
bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam
Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang
menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman
Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud
dan dia berkata, hai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia
dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga
apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan
mereka tidak menyadari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar
perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi,
limpahkan kepadaku karunia untuk
mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua
orang tuaku; karuniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau
ridhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang
soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as
bertanya kepada seekor semut, Wahai
semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu
tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu
memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka
botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan
sebahagian biji gandum itu. Mengapa
engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada
Allah, jawab si semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa
Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin
apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh
memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku
harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun
kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah
Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun
yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata.
Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak
dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa
yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya
Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya
tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih
tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi
Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya
lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
0 komentar:
Posting Komentar